Cara Tempahan

LANGKAH 1- ISI BORANG TEMPAHAN
Pastikan anda telah mengisi borang dengan betul, tepat dan tiada kesalahan ejaan. Pihak Darul Design tidak akan bertanggung jawab sekiranya maklumat yang dicetak adalah di atas kesilapan anda. Untuk tempahan kad kahwin, sila scan dan emailkan borang tempahan anda ke readzone@gmail.com.

Muat turun Borang Tempahan Anda Di Sini:

- Borang Tempahan Kad Kahwin
- Borang Tempahan Banner/Bunting

LANGKAH 2 - DEPOSIT 50%
Sila buat bayaran deposit kepada Darul Design sebanyak 50%. Anda diminta untuk email resit bukti pembayaran yang telah dibuat ke readzone@gmail.com. Darul Design akan menghubungi anda bagi mengesahkan penerimaan bayaran dan tempahan.


LANGKAH 3 - DESIGN
Darul Design akan memulakan proses design setelah pengesahan dibuat. Kami akan menghantar design pada emel anda dalam masa 2-3 hari bekerja.

LANGKAH 4 - PEMERIKSAAN DAN PEMBETULAN
Anda diminta untuk menyemak dan meneliti design yang dihantar. Sila emailkan semula atau hubungi kami jika terdapat pembetulan yang ingin dibuat. Sila sahkan sehingga tiada lagi sebarang pembetulan perlu dibuat.

LANGKAH 5 - PROSES MENCETAK
Proses mencetak akan di buat apabila draf telah dipersetujui dan deposit 50% dibayar. Tempoh proses cetakan adalah diantara 7-14 hari berkerja.

LANGKAH 7 - BAYARAN AKHIR
Sila buat bayaran akhir baki 50% dari jumlah bersih tempahan bagi membolehkan pihak Darul Design menghantar kad anda. Sila emailkan bukti pembayaran anda.

LANGKAH 8 - PENGHANTARAN KAD
Darul Design akan menghubungi anda apabila kad anda telah siap dicetak. Anda boleh memilih untuk mengambil sendiri kad daripada pihak Darul Design atau pihak kami akan menghantar kad anda melalui pos. Bayaran pos adalah ditanggung oleh pihak anda. Penghantaran akan dilakukan setelah bayaran akhir diterima.